welcome to madah puisiku...enjoy...syukran +Follow | Dashboard
Madah Puisiku






Find us on Google+
kasihku tak akan pudar
Thursday, 10 May 2012 | 07:27 | 0 comments

~kasihku tak akan pudar~

Hati berkata sayu,
Yang masih memanggilmu,
Aku tetap menanti dirimu,
Walaupun sesaat ku tetap menunggu,

Daun-daun sering berguguran,
Kasihku tak pernah ku hilangkan,
Akan aku simpan di jiwa kesepian,
Walaupun merana ku tetap bertahan,

Senyuman aku ukirkan,
Tanda aku tabah hadapi dugaan,
Aku redha tanpa kegelisahan,
Cuma seketika memberontak kerana kerinduan,

Kasih ku tak akan pudar untukmu,
Aku setia menunggu,,
Usahlah kau lupakan jasadku,
Ingatilah aku di setiap sudut hatimu,

Jangan biar diri ini sengsara,
Ubatilah kembali supaya bahagia,
Jahitlah luka-luka,
Supaya menjadi penawar sepanjang ku berduka,

Aku mengira detik waktu,
Yang berputar menuju sesuatu,
Akan ku nanti itu,
Agar bahagia hingga akhir hayat ku,

Nukilan : syud syuhada


Older Post | Newer Post