cerpen-bahagia milikku
Thursday, 3 May 2012 | 02:31 | 0 comments
~bahagia milikku~
“Yanaaaaa….
Tolong ibu nak. Ambilkan ibu sayur-sayur yang ibu letak tepi tangga tu. Kejap
lagi ibu nak masak sup sayur kegemaran kamu”
“Baik ibu, Yana
ambilkan untuk ibu ye”
Yana kini berumur
11 tahun, masih muda usianya. Dia merupakan anak yang taat pada ibunya.Apa yang
disuruh pasti akan dilakukan secepat yang mungkin. Selain itu, Yana juga
seorang anak yang rajin beribadah kepada Allah S.W.T walaupun usianya masih
muda. Ibu Yana pula di kenali sebagai Mak Timah. Yana merupakan anak yatim,
sudah 3 tahun ayah Yana meninggal dunia. Kehidupan mereka kais pagi makan
pagi,kais petang makan petang.
“Yana.. Mari
makan nak, ibu sudah siap masak ni”
“Baik ibu..Yana
datang ni”
“Macam mana
dengan sekolah hari ni?”
“Ibu…urrmm,,
cikgu minta yuran sekolah la ibu. Kawan-kawan lain semua dah bayar. Cuma Yana
yang belum bayar. Yana malu la ibu. Setiap kali cikgu minta duit, mesti
kawan-kawan akan ejek Yana. Kawan-kawan kata kita miskin ibu sebab kita tak
dapat bayar yuran sekolah” Yana memberitahu ibunya sambil mengeluarkan air
mata.
Ya Allah.. Ampuni
la dosa anak ku Ya Allah. Jangan biar dia mempunyai perasaan yang buruk dalam
dirinya. Kenapa sejak-sejak akhir ni anak aku mula merungut. Tidak seperti dulu
lagi. Apakah anak aku sudah lemah imannya. Apakah anak ku sudah hilang sabar.
Apakah anak ku sudah mula rasa kesusahan dalam hidup yang mana dia tidak pernah
tahu apa itu erti kesusahan. Ya Allah kuat kan lah iman ku. Jangan lah kau uji
hingga aku tidak mampu hadapinya Ya Allah.
“ Yana, sabar ea.
Nanti ibu bayar ok. Duit simpanan ibu masih belum cukup la nak. Nanti kalau dah
cukup Ibu kasi kepada cikgu ye.”pujuk Mak Timah
“Ibu janji??
Jangan tunggu lama-lama, Yana dah malu la dengan kawan-kawan”suara Yana yang
agak kegirangan
“Baik nak, ibu
janji dengan kamu”
Keesokan harinya,
Mak Timah mencari kerja yang boleh menambahkan pendapatan. Mak Timah sanggup
tidak makan seharian, gara-gara ingin mengurangkan kos perbelanjaan rumah. Mak
Timah menghidapi penyakit gastrik yang sangat teruk sehingga dia akan
mengalirkan air mata. Tetapi demi anak yang disayanginya dia sanggup berbuat
apa-apa pun agar anaknya bahagia dan dapat keperluan yang cukup.
“Yanaaaaa datang
sini kejap” panggil ibu
“Ye ibu, Yana
datang ni”
“Tadi, ibu dah
bayar yuran sekolah dekat cikgu kamu. Semuanya dah selesai” ibu mengukir
senyuman
“Betul ke ibu??
Betul ke? Ibu tak tipu Yana kan?”
“Ye anakku, ibu
tidak tipu kamu”
“huraayyyy!!!
Yana sayang ibu sangat” suara kegembiraan dapat didengar dan satu kucupan
diberikan Yana kepada ibunya.
_
“Nur Liyana binti
Suhaimi…”
“Saya cikgu”
“Ni mesti si Yana
tak bayar lagi duit yuran sekolah. Memalukan betul la. Yuran yang sikit pun tak
mampu nak bayar ke. Tengok aku ni, apa-apa duit yang cikgu minta aku mampu
bayar la. Dasar orang miskin. Tengok baju dia dah lusuh. Kasut pun bertampal.
Euuuwww.. geli aku nak kawan dengan orang macam dia ni” kata Alia dalam wajah
yang agak sombong.
Kawan kelas semua
mentertawakan Yana. Yana hanya mampu menangis setiap kali dihina oleh
rakan-rakan. Yana di sekolah sering bersendirian. Dia tidak mempunyai kawan.
Apa-apa masalah pasti dia hanya akan mencatit dalam diarinya. Itu saja cara dia
melepaskan perasaan marahnya.
“Alia!! Pernah ke
cikgu ajar kamu bercakap macam pada sesiapa? Jaga percakapan kamu tu. Cikgu
panggil Yana sebab nak bagi resit yuran dekat dia. Ibu dia dah bayar yuran
sekolah. Cikgu tak nak lepas ni kamu akan terus bersikap macam ni. Cikgu nak
kamu saling menghormati. Jangan sisihkan kawan kamu,walaupun dia hanya orang
biasa”
Alia merupakan anak
daripada keluarga yang berada. Ayah Alia merupakan seorang doktor pakar dan ibu
Alia merupakan seorang Inspektor Polis Wanita. Malangnya Alia sering
ditinggalkan bersama orang gaji rumahnya. Ibu bapa Alia hanya sibuk dengan
kerjaya mereka. Alia sering dilimpahi dengan kemewahan ,malangnya dikurangi
dengan kasih sayang. Berbanding Yana yang kurang dengan kemewahan tetapi penuh
dengan kasih sayang ibunya.
_
“Anakku kenapa
kamu menangis ni?? Ceritakan pada ibu??”
“ibuuuu.. Kenapa
kita miskin ibu?kenapa ibu? Kenapa?”
“Yana kenapa kamu
cakap macam ni nak??”sebak Mak Timah apabila mendengar pertanyaan Yana.
“kawan selalu
ejek Yana!! Setiap hari Yana jadi bahan ketawa. Yana kat sekolah tak ada kawan
ibu. Tapi ibu tak tahu semua tu!! Yana kat sekolah pergi mana mesti seorang
diri. Kawan-kawan seorang pun tak nak dekat dengan Yana. Mereka kata Yana
miskin. Tak mampu beli apa-apa. Ibu tengok baju sekolah ni. Dah singkat ibu.
Baju ni dah lusuh. Ibu tengok pula kasut Yana. Dah bertampal sana-sini. Beg
sekolah Yana , dah koyak ibu. Kenapa ibu tak pernah belikan yang baru untuk
Yana” Yana meninggikan suara terhadap ibunya sambil menangis.
“Yana!! Kenapa
dengan kamu ni? Kamu tak bersyukur dengan apa yang ada. Ini ke yang ibu ajar
kamu sepanjang ibu mendidik kamu. Mana sopan santun kamu yang ibu ajar. Jangan
bersikap kurang ajar dengan ibu. Ibu tak suka”
Mak Timah begitu kesal dengan sikap anaknya itu.
“Arghhh!! Yana
dah bosan hidup macam ni ibu, selama ni Yana hanya bersabar dan bersabar.
Selama ni Yana tak pernah merungut. Semenjak Yana dah tak ada kawan, selalu ja
kena ejek, Yana dah benci hidup macam ni. Benci!! Yana nak jadi orang senang?
Boleh ibu bagi semua tu? Boleh?”
“Paaaaaaaaangggg!!!..
Tutup mulut kamu. Jangan bersikap kurang ajar lagi dengan ibu. Kalau ayah kamu
masih hidup, mesti dia kecewa dengan sikap kamu. Ibu kecewa dengan sikap kamu.
Walaupun usia kamu masih kanak-kanak. Kamu dah berani bersuara,berani membantah
cakap orang tua kamu sendiri”
“Puas hati ibu
tampar muka anak ibu sendiri. Terima Kasih ibu”
Yana kini telah
berubah. Sikapnya tak seperti dahulu lagi. Setiap kata-kata ibunya pasti
dibantah. Semakin Yana dewasa, sikapnya semakin degil.
Kini Yana telah
ke alam remaja. Umurnya sudah 17 tahun. Yana seorang yang suka sangat
bersosial. Kini Mak Timah sudah tidak terdaya untuk bekerja. Badan-badannya
sering kali sakit. Yana pula tidak menghiraukan ibunya. Dia sering pulang lewat
ke rumah. Mak Timah pula hanya mampu berdoa agar anak kesayangannya berubah dan
dibukakan pintu hati. Kehidupan mereka ditanggung dengan bantuan yang diberi
dan juga duit pencen arwah ayahnya. Hanya kadang-kadang Mak Timah akan keluar
mencari kerja.
“Ibuuuuu!!!!!!!”
jerit Yana
“Kenapa anakku??”
“Bagi Yana duit.
Duit dah habis ni!”
“Yana, Janganlah
boros sangat. Kita bukan keluarga berada. Jimat sikit nak. Ibu dah tak ada duit
ni. Kamu pergi la kerja. Tolong ibu cari duit. Ibu nak kerja pun dah tak sekuat
dulu”
“Arghhhh!! Ibu
boleh tak jangan membebel. Bagi jer la Yana duit!!”
“Semalam kan ibu
dah bagi kamu duit. Kamu nak buat apa lagi dengan duit banyak-banyak ni?”
“Ibu!!!! Boleh
tak jangan tanya apa yang Yana buat. Bagi sudah la duit tu. Nak bagi pun susah
sangat ke? Yang ibu tahu membebel siang malam. Rimas la ibu Yana dengar. Yana
bukan budak-budak lagi, dah besar dah pun”
Mak Timah
terpaksa akur dengan permintaan Yana. Dia terpaksa beri duit kepada anaknya.
Kalau tak diberi,Yana akan memberontak. Begitulah sikap Yana, sikapnya masih
tidak berubah. Duit tu dihabiskan untuk berfoya-foya dengan laki-laki diluar. Baginya
berseronok diluar hanya akan dialami ketika usia remaja. Bila sudah berkahwin
nanti, semua tu sudah tidak ada.
@@@@@@@@@@
Malam menjelma.
Mak Timah hanya termenung sendirian. Air mata mengalir tidak henti. Begitu la
sikap seorang ibu yang amat risaukan anaknya. Banyak pengorbanan yang dilakukan
oleh Mak Timah terhadapnya. Mak Timah pergi mengambil wuduk untuk menunaikan
solat isha’
Ya Allah..apakah
salah ku Ya Allah, berat sungguh ujian Mu terhadap ku. Kau bukakan lah pintu
hati anakku. Berikanlah hidayah buat anakku. Ku Mohon Ya Allah, kau ampunilah
dosa-dosanya. Sebelumku menghembuskan nafas terakhir, ku pinta kau kurniakanlah
seseorang yang boleh mengubah hidupnya. Sekarang ini aku tidak berdaya. Sakitku
semakin teruk. Ku mohon Ya Allah, makbulkan lah doa hamba mu yang hina ini.
Mak Timah tidak
putus-putus berdoa. Sepanjang masa solatnya pasti diakhiri dengan doa untuk
anaknya. Itulah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Mak Tiimah
menghidapi kanser. Doktor menyatakan Mak Timah hanya mampu hidup beberapa bulan
ja lagi. Yana tidak tahu akan sakit ibunya. Duit kos rawatan sudah habis kerana
diberi kepada anak kesayangannya.
////////////////////////
“Assalamualaikum
Mak Timah….Assalamualaikum”
“waalaikummusalam
Ajib, ada apa nak??”
“tok penghulu
jemput semua orang kampong pergi masjid petang ni, ada jamuan makan sikit..
Jiran baru kampong kita buat kenduri sikit”
“owhhh ye ka,
siapa yang pindah ke kampong kita tu nak?”
“Ustaz Farid…
orangnya muda lagi. Bujang lagi orangnya”
“Baiklah nak, petang
nanti Mak Timah pergi ye nak. Kirim salam pada Tok Penghulu”
“Baik Mak Timah,
Ajib pergi dulu ye, Assalamualaikum Mak Timah”
///////////////////////////////////
Jam menunujukkan
4.30 petang. Mak Timah bersiap-siap untuk menghadiri kenduri kesyukuran
tersebut. Tetapi badan Mak Timah rasa begitu lemah dan mukanya pucat. Namun dia
tetap pergi ke kenduri tersebut.
“Mak Timah
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” panggil seorang Mak Cik
Mak Timah pengsan
, menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. Ustaz Farid bergegas melihat Mak
Timah. Gayanya agak risau akan perempuan tua itu.Ustaz Fariid tertanya-tanya.
Sakit apakah mak cik ini. Badannya seperti tidak bermaya, muka pucat dan suhu
badan pula tinggi. Nampak seperti kesepian dan memerlukan kasih sayang.
“Mak Cik…Mak Cik
dah sedar ke.” Lalu diambil segelas air kosong untuk Mak Timah. Pandangan Mak
Timah masih kabur. Namun kelihatan ramai di sekelilingnya. Dia kehairanan dan
tertanya-tanya apa yang berlaku. Dilihatnya seorang pemuda di sisinya.
“kenapa dengan
Mak cik ni? Apa yang terjadi kepada Mak Cik nak?”
Ustaz Farid hanya
menenangkan Mak Timah. “Mak Cik tak apa apa, Cuma tadi pengsan. Mak cik tak
makan ker pagi tadi? Badan Mak cik lemah sangat”
Mak Timah hanya
mengalirkan air mata. Lalu sepantas kilat dia menyapu air mata tersebut. Dia
tak nak minta simpati atas orang lain. Ustaz Farid dapat melihat riak wajah Mak
Cik tersebut. Namun dia tak nak menyoalkan selebihnya. Biarlah Mak Cik itu
sihat dahulu. Baru lepas ni dia akan membantu masalah yang bermain di fikiran Mak
Cik itu.
@@@@@@
“woi Yana jom
ikut aku keluar malam ni. Nak tak??”
“Alaaa, pergi
mana? Malas la aku. Aku ingat nak rehat jer kat rumah”
“kau ni bendul
la. Apa best nye dok rumah. Enjoy la sikit. Jom pergi tempat biasa malam ni.
Dah lama aku ketagih benda tu. Aku baru jer ambil duit tadi. Boleh la nak
seronok sikit malam ni”
“ok..ok.. kau
kalau tak ganggu aku satu malam, memang tak sah hidup kau kan?”
“yeahhh… macam ni
la kawan”
Yana semakin hari
semakin liar. Dia bergaul dengan budak-budak bandar yang terlampau bersosial.
Pakaiannya menjolok mata. Rambut tidak bertutup. Sopan tidak dijaga, apatah
lagi batas antara lelaki dengan perempuan langsung tidak dihiraukannya. Bila
ditegur memberontak. Kalau tidak ditegur semakin menjadi-jadi sikapnya. Itulah
yang amat dirisaukan ibunya.
“hey kau nak cuba
benda ni??” Tanya Ken
“tak nak la aku,
kau nak, kau ambil. Jangan libatkan aku dan aku tak suka benda tu”
“alaaa, kau cuba
jer, best beb.. Ahhhhh…”
“Kalau aku
lempang kau, kau jangan tanya kenapa.”
“eehh minah ni,
hipokrik betul la. Tak nak sudah la.”
“lantak aku la”
Kamal atau lebih
dikenali sebagai Ken, kawan baik kepada Yana. Namun dalam masa yang sama, dia
mempunyai niat jahat terhadap Yana. Cuma tunggu masa untuk dijadikan korban.
Ken telah membuat satu rancangan
bersama-sama tiga orang rakannya yang lain. Malang sekali nasib Yana.
“Yana, aku nak
minta tolong satu boleh tak?”
“Jom ikut aku
kejap, aku ada hal la nak uruskan. Kau sorang jer boleh tolong aku”
“dah lewat la
Ken. Nanti ibu aku membebel la”
“ Ibu kau
membebel sekejap jer, bukannya lama. Kau tak nak tolong kawan kau ker? Sampai
hati kau. Pleasee Yana…” Ken merayu
“Alaaa.. ok
la..ok la…cepat la. Terhegeh-hegeh lagi kenapa?” Yana memang mudah terpujuk
dengan rayukan oleh lelaki. Hatinya mudah cair.
Ken membawa Yana
menaiki sebuah kereta Gen2. Yana tertanya-tanya ke mana dia ingin dibawa.
Kerisauan mula menyelubungi dirinya. Hatinya mengesyaki seolah-olah ada sesuatu
buruk yang akan terjadi. Hatinya berdengup kencang. Rasa takut menyelami
perasannya.
Kenapa aku
tiba-tiba takut ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati jer? Kennn… kau nak bawa aku
pergi mana ni. Tempat ni aku tak pernah datang pun.? Ken hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba Yana terlihat satu rumah buruk yang sepertinya tiada penghuni setelah
hampir 15 minit melalui kawasan ladang getah. Kawasan sekeliling sunyi sepi.
Ken!!! Jawab la apa yang aku tanya ni. Kau nak bawa aku pergi mana. Kenapa kita
datang tempat yang sunyi ni?
“ok dah sampai.
Jom ikut aku. Turun dari kereta”
“ aku tak nak la
wei. Kau tahu tak dekat dalam tu sunyi. Lepas tu gelap pulak kawasan ni”
“lagi sunyi lagi
bagus untuk aku dan kawan-kawan aku makan malam ni.,” Ken tersenyum sinis
“Apa maksud
kau?”Yana seperti kebingungan
“Cepat turun!!”
“Aku tak nak la.
Aku nak balik.” Yana ketakutan
Ken menarik Yana
keluar dan menyerek masuk ke dalam rumah. Yana menjerit sepuas hati memanggil
orang sekeliling. Tiba-tiba muncul 3 orang lelaki.
“Abang tolong
saya abang. Dia ni ada niat jahat terhadap saya abang,, Tolong saya” Yana
meminta tolong dan menangis.
Ha ha ha ha ha ha
ha ha.. 3 orang lelaki itu ketawa. Mereka juga merupakan kawan kepada Ken. Yana
menangis teresak-esak. Ibuuuuu.. tolong Yana ibu.. ibuuuu…tolonggggg….. Yana
takut ibu. Ibu ,Yana minta ampun… Tolong Yana ibu…..
@@@@@@
Tuk..tuk..tuk..tuk….
Pintu rumah Mak Timah diketuk.. Mak Timah cepat membuka pintu. Hatinya sejak
semalam gelisah. Dia sentiasa memikirkan anak gadisnya.
Ibuuuuuuuuuuuuu….
Tiba-tiba satu jasad rebah dihadapan Mak Timah setelah pintu dibuka. Badannya
lemah. Kesan lebam di badan begitu banyak sekali. Pakaian carik di sana sini.
Ya Allah!! Anakku
Yanaaaa,,,, Kenapa ni nak. Mak Timah menangis sambil memeluk anaknya.Apa yang
jadi ni nak. Kemana kamu pergi semalam. Mak Timah agak terkejut dengan keadaan
Yana.
Suara perlahan
kedengaran. Ibuuu..Yana dah tak suci ibu.. Yana kena rogol.. Tolong Yana ibu,
Yana menyesal. Ibu tolongkan ampunkan Yana. Yana banyak berdosa dengan ibu.
Mungkin ni balasan Allah terhadap Yana.
10 bulan
kemudian~
“Tahniah cik. Cik
dapat anak perempuan. Comel sangat anak ni. Macam ibunya jer”. Puji seorang
doktor kepada Yana.
“Alhamdulillah
Yana” ucap Mak Timah kini digelar sebagai seorang nenek.Mak Timah teramat
bersyukur kerana mengurniakan seorang cucu buatnya. Tapi hatinya masih sedih.
Kasihan seorang bayi yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan. Orang yang patut
bertanggungjawab sudah menghilangkan diri. Tidak dapat dikesan lagi. Tetapi
perkara yang lama tidak mahu diungkit. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Yana kelihatan
gembira melihat bayinya. Bayinya sangat comel. Yana kini sudah berubah.Menjadi
anak yang taat kepada ibunya. Yana sudah bertaubat. Perkara yang lama tidak
mahu diulangnya lagi. Sopannya terjaga. Pakaiannya tidak menampakkan susuk
tubuh badan. Tudung pula labuh melepasi bahu. Aurat kaki juga ditutup. Mak
Timah amat bersyukur akan perubahan dan keinsafan anaknya itu. Namun, hati Yana
tetap sedih. Sedih akan nasib anaknya itu apabila dewasa nanti. Hanya doa
diiringi.
Apa yang sedih
lagi. Sampai sekarang Yana masih belum tahu akan penyakit ibunya itu. Doktor
menjangkakan ibunya hanya mampu bertahan dalam masa 6 bulan sahaja.
Alhmdulillah setakat ini Mak Timah mampu bertahan. Walaupun badannya terasa
amat lemah dia tetap kuatkan diri. Mak Timah tak nak perkara ini diketahui
anaknya.
@@@@@@@@@@@
“Assalamualaikum
ustaz. Mak timah ada perkara sikit nak bincang dengan ustaz ni. Harap ustaz tak
keberatan la.” Hanya Ustaz Farid sahaja mengetahui akan penyakitnya dan juga
peristiwa yang telah berlaku terhadap anaknya. Dia amat simpati terhadap Yana
dan Mak Timah. Dia juga sebenarnya telah jatuh hati kepada Yana. Namun hatinya
runsing untuk memilih Yana dalam hidupnya setelah mengetahui kisah silam Yana.
Dia cuba menghilangkan perasan itu, tetapi semua itu susah untuk dibuang dalam
hatinya.
“Waalaikummussalam
Mak Timah, ada apa Mak Timah? InsyaAllah kalau boleh dibantu saya akan
bantu.”Ustaz sentiasa akan luangkan masa untuk Mak Timah jika Mak Timah
mempunyai perkara yang ingun diceritakan. Dia sudah menganggap Mak Timah
sebagai ibunya sendiri. Begitu juga Mak Timah yang menganggap ustaz itu sebagai
anaknya.
“Ustaz, Mak Timah
dapat rasakan hidup Mak Timah dah tak lama. Badan ni dah rasa lemah sangat.
Sakit sangat ustaz. Dah rasa tak terdaya nak bergerak. Sebelum Mak Timah
pejamkan mata, Mak Timah nak sangat ustaz tunaikan permintaan Mak Timah. Mak
Timah rasa hanya ustaz yang layak tunaikan wasiat Mak Timah ni, boleh ke nak?”
“Mak Timah apa
yang Mak Timah cakap kan ni? Ajal maut kan di tangan Allah S.W.T. Mak Timah
jangan fikir macam tu .Mak Timah banyak berdoa ya. InsyaAllah tak ada apa apa.”
Seminggu
kemudian~
“Ibuuuuuuuuuu….
Ibuuuuuuu… kenapa ibu tinggalkan Yana seorang diri. Kenapa ibu pergi di saat
Yana perlukan ibu. Ibu jangan tinggalkan Yana. Yana perlu ibu di sisi Yana.
Siapa yang nak tolong Yana nanti. Selalunya ibu yang akan kuatkan semangat Yana
hadapi semua ni. Sekarang ni Yana seorang diri ibu. Yana dah tiada siapa dalam
dunia ni.” Yana bermonolog seorang diri di tepi laut.
“Assalamualaikum
Yana” sapa Ustaz
“waalaikummussalam
Ustaz Farid” Yana tersenyum sambil mengesatkan air mata
“kamu menangis ke
Yana? Yana… yang pergi tetap pergi. Mesti ada hikmah apa yang terjadi. Kamu
jangan sedih lagi ya. Saya pun sedih kalau tengok kamu sedih.” Pujuk Farid
“Mana ada saya
nangis pun Ustaz Farid”
“Tengok tu tipu
saya ya? Tengok mata awak pun saya dah tahu. Sudah la nangis. Awak kena redha.
Haaa satu lagi, saya nak awak panggil saya Farid saja. Jangan panggil saya
ustaz mulai sekarang ok.” Farid tertawa kecil
“Ehhh kenapa
pulak?” Yana kehairanan
“ye la, saya nak
jadi kawan baik awak sekarang ni. So lebih mesra kalau panggil saya Farid. Nak
panggil saya abang Farid pun tak apa” Farid hanya senyum.
“Awak ni mengada
lah. Ok la saya panggil awak Farid jer ya?”
“hehe ok Yana.
Boleh jer. Haaa, nanti kalau awak ada apa-apa masalah awak boleh terus cerita
kat saya. Saya akan setia dengar masalah awak”
Muka Yana
kemerahan. Mungkin kerana terlalu malu kerana diusik oleh seorang lelaki yang
pernah disukainya. Yana sebenarnya sudah jatuh hati kepada Farid sejak dia
begitu ambil berat terhadap ibunya, tetapi kerana statusnya itu, dia begitu
merendahkan diri dan dia sedikit demi sedikit membuang perasaannya itu.
@@@@@@@@@@@@@@@
Tutt..tutt…tuttt..
telefon rumah Yana berbunyi
“Assalamualaikum
Yana. Farid ni”
“Ye awak. Ada apa
awak telefon pagi-pagi ni”
“Saja nak tahu
awak bangun tidur lagi ke belum..hehe..”
“Awak ingat saya
ni macam awak ke bangun lewat-lewat. Kalau saya bangun lewat, nampaknya berabuk
la rumah ni, dapur pun nanti tak berasap”
“wahhh… rajinnya
awak. Sukanya saya. Ni yang buat saya jatuh hati ni”
“jangan mengarut.
Nanti saya merajuk baru tahu. Cepat la bagi tahu kenapa awak telefon ni?”
“Amboiihhh
garangnya bakal isteri saya ni. Telefon sebab rindu la. Tak boleh ke? Hehehe…
ok2..gurau jer.. Jangan marah. Nanti saya betul-betul jatuh hati baru
tahu..hehe.. Saya nak ajak awak keluar boleh? Ada hal nak bagi tahu.”
“ishhh awak ni.
Jangan bergurau yang pelik2 boleh tak? Nanti kalau kita keluar apa kata orang
kampung pula. Segan la saya”
“Alaaa. Awak bawa
la anak awak sekali. InsyaAllah tak ada apa-apa la. Saya jumpa awak kat tepi
laut ea? Tempat yang awak suka sangat pergi tu..hehe”
“yelaaaa saya
pergi kejap lagi. Jangan lewat. Kalau lewat saya merajuk dengan awak”
“ ok.. tahu
merajuk jer. Saya merajuk pula baru awak tahu..hehe..Jumpa nanti ya, bye.”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Yana!!!!!!!!”
jerkah Farid
“Opocottttt!!!
Awak ni farid!! Suka tau usik saya. Kalau saya mati macam mana? Nasib tak ada
sakit jantung.”
“Kalau awak
sakit, biar saya ubatkan jantung awak ea??hehe”usik Farid
“Selalu usik
saya… ada apa ni nak jumpa saya? Macam ada hal mustahak jer?”
Farid serba salah
nak bagi tahu, takut Yana tidak setuju. Apa-apa pun dia ingin menunaikan wasiat
arwah Mak Timah yang menginginkan dia berkahwin dengan Yana. Sepanjang dia
mengenali Yana, dia dapat merasakan Yana sesuai untuknya dan dia berharap
pertunjuk Allah buatnya betul. Dia pasti Yana juga mempunyai perasaan yang sama
terhadap dirinya.
“Fariddddd…heloooo
faridddd” Yana cuba kejutkan Farid yang mengelamun
“ya!!” Farid
terkejut
“apa yang awak
mengelamun ni. Tak pernah tengok saya ke? Ke ada apa-apa kat muka saya ni?”
“hehehehe. Tak
ada apa-apa la. Awak cantik hari ni. Rindu pula saya kat awak. Hehehe..” Farid
memang suka mengusik Yana.
“Farid boleh tak
awak serius kali ni?”
“Ok maafkan saya,
baik saya serius kali ni. Yana, sudi tak awak jadi isteri saya?”
“Farid, saya tak
suka la awak usik saya macam ni. Awak jangan bagi saya marah boleh tak?”
“Awak suruh saya
seriuskan? Sekarang ni saya serius. Awak kata saya usik awak. Ni betul-betul
la. Sudi tak jadi isteri saya?” Fari mengeluarkan cincin untuk diberikan kepada
Yana.
Yana berlari ke
hujung pantai sambil mengalirkan air mata. Yana menangis teresak-esak. Yana
serba salah untuk menerima lamaran Farid. Yana teringat akan kisah silamnya.
Dia merasakan dirinya tak layak untuk seorang lelaki yang begitu baik
akhlaknya. Bahkan dia amat teruk dan tak suci lagi. Mana mungkin seorang lelaki
dapat menerima akan kisah silamnya.
“ Yanaaaaa!!” ..
Farid mengejar Yana. Farid mendapatkan Yana dihujung pantai. Dia lihat Yana
menangis teresak-esak.
“Awak pergi dari
sini!!” usir Yana
“Tapi kenapa
Yana? Saya tahu awak pun ada perasan terhadap saya. Kenapa awak tak nak terima
lamaran saya? Saya ada buat salah dengan awak ke?”
“Saya tak layak
untuk awak Farid. Awak tak tahu kisah silam saya. Dan awak mana mungkin akan
terima saya”Yana menangis teresak-esak
“Yana… saya sudah
tahu kisah awak. Mak Timah dah ceritakan kepada saya segalanya. Saya terima
awak dengan seikhlas hati. Yana saya mencintai awak. Sanggup ke awak tengok
saya macam ni. Saya pasti Allah dah jodohkan awak dengan saya. Terima saya ea
Yana?
Yana hanya
mendiamkan diri.Dia tergamam dengan kata-kata Farid dan berasa terharu.
“Yana. Sudi tak
awak jadi isteri saya dan bahagiakan hidup saya?? Farid memberikan cincin
kepada Yana dan berharap Yana akan mengambil cincin tersebut.
Yana gembira
dengan permintaan Farid. Namun bolehkah dia membahagiakan Farid. Kalau dia
tidak menerima hatinya akan terseksa kerana selama ni hidupnya kembali ceria
kerana kehadiran Farid dalam hidupnya. Dia pasti Farid betul-betul mencintai
dirinya. Dia dapat melihat keikhlasan dalam diri Farid. Mungkin Farid ni jodoh
aku. Aku harap aku tak salah memilih dia dalam hidup aku.
“Farid saya
terima awak. Saya harap awak dapat membawa saya ke jalan yang benar. Pimpinlah
saya. Saya hanya insan yang lemah. Saya bahagia kalau awak di sisi saya. Pinta
saya, jangan tinggalkan saya.” Yana mengambil cincin dari farid sambil
mengalirkan air mata kebahagiaan.
Farid juga
menangis. Alhamdulillah Ya Allah, aku dapat memperisterikan seorang insan yang
begitu aku cintai dan sayangi. “Mak Timah, Tak lama lagi Yana akan menjadi
isteri saya, saya berjanji akan menjaga dia dengan penuh tanggungjawab dan
kasih sayang, anak kecil itu akan saya jaga seperti anak saya sendiri”
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Farid dan Yana
sah menjadi suami isteri.
“Sayang, abang
menyintai sayang. Abang akan jaga saya macam mana arwah ibu jaga sayang dulu”
“sayang pun
menyintai abang. Abang jangan tinggalkan sayang ea. Abang segala-galanya buat
sayang. Sayang yakin abang dapat membahagiakan sayang.” Yana mengalirkan air
mata kegembiraan dan kebahagaian.
“baik abang janji
dengan sayang. Abang tak akan tinggalkan sayang. Sudah la jangan nangis waktu
malam pertama ni…huduh sangat muka tu..hehe”Farid mengesat air mata Yana
“Abang ni tak
habis-habis usik Yana. Nak merajuk la kalau macam ni” Yana memusingkan badannya
ke arah lain.
“Alolo sayang.
Tak kesian kat abang ke. Nanti kempunan abang sebab tunggu malam ni punya
pasal..hehe.. Sayang jangan merajuk ea.?’ Farid menarik Yana mendekati dirinya.
Farid sikit demi sikit mendekati wajah Yana yang cantik itu dan lampu meja
ditutupnya.
Kini Farid dan
Yana hidup bahagia. Kisah silamnya dulu tidak lagi menghantui dirinya kerana
kehadiran seorang lelaki yang amat dicintai Yana. Yana amat bersyukur kerana
dikurniakan lelaki yang boleh membimbingnya ke jalan yang lurus. Farid amat
bertanggungjawab.