welcome to madah puisiku...enjoy...syukran +Follow | Dashboard
Madah Puisiku






Find us on Google+
usah kau gentar
Tuesday, 24 April 2012 | 20:59 | 3 comments
usah kau gentar,
hadapi ia sebagai satu cabaran,
buktikan kau mampu bertahan,
hingga kau sampai dipuncak kejayaan,

usah kau toleh ke belakang,
mengerling masa silam,
yang pernah kau hadapi kekecewaan,
mulakan yang baru,
fikirkan destinasi yang perlu dituju.

usah dengar kata orang,
yang membuat kau kecundang,
anggap ia sebagai cabaran,
untuk kau hadapi dengan kesabaran,

jika kau berusaha,
maka kau akan berjaya,
jika kau lalai sahaja,
maka kau akan berduka,

renungan ini untuk semua,
agar selalu peka,
semoga kita akan berjaya,




Older Post | Newer Post