terima kasih sahabatku
Saturday, 7 April 2012 | 06:15 | 2 comments
~terima kasih sahabatku~Pemandangan laut menjadi saksi,
Akan puisi yang ku nukilkan ini,
Kisah sahabat yang aku cintai,
Memberi seribu sinaran dan seribu erti,
Mengenalinya nimat dari Illahi,
Terukir senyuman di bibir ini,
Berdegup syukur di dalam hati,
Jasadku ibarat menari-nari,
Kerana gembira mengenali sahabat ku ini,
Terharu jua terkesima,
Masalah dikongsi bersama,
Ibarat kepercayaan diberi sentiasa,
Aku hanya mampu menjadi pendengar setia,
Tatkala pendapat dan nasihat ku beri jua,
Harap tak terkilan dengan kata-kata,
Diriku ikhlas semata-mata,
Ku harap persahabatan kita berkekalan,
Jangan biarkan terputus ditengan jalan,
Jadilah kita sebagai setia kawan,
Sehingga di akhir zaman,
Ingatlah aku dalam ingatan,
Jangan biar terputus sebagai rakan
Nukilan : syud syuhada






