welcome to madah puisiku...enjoy...syukran +Follow | Dashboard
Madah Puisiku






Find us on Google+
syukurku kepada Illahi
Sunday, 18 March 2012 | 08:20 | 0 comments
Ya Allah,
Aku bersyukur dengan kurniaan mu ini,
Bakat semula jadi,
Yang tependam di dalam hati,
Terasa bahagia pabila aku pandai berpuisi,

Ya Allah,
Rasa syukur ku sentiasa di bibir,
Rasa syukur ku sentiasa di hati,
Rasa syukur ku sentiasa di jiwa,
Rasa syukur ku sentiasa di minda,

Ya Allah,
17 tahun masih mentah usiaku,
Puisi ku tidak setanding rakanku,
Mereka berkarya dengan penuh syahdu,
Aku pula berkarya jadi haru biru,

Aku perlukan kata semangat di jiwa,
Aku perlukan dorongan diiringi bersama,
Kerana tanpa semangat puisi ku ini hampa,
Tanpa dorongan sukar jiwa ku ingin berbicara,

Kurniaan ini tidak akan ku abaikan sesekali,
Akan ku kegunaan sebaik-baik hati,
Menulis puisi sekadar luahan hati,
Menulis puisi sekadar ini hiburkan hati,
Menulis puisi sekadar memenuhkan masa lapang ini,
doaku akan ku iringi dalam solat ku ini,
agar suatu hari nanti,
aku bakal menjadi pemuisi,
di zaman IT berteknologi tinggi.

Nukilan : syud syuhada

Older Post | Newer Post