welcome to madah puisiku...enjoy...syukran +Follow | Dashboard
Madah Puisiku






Find us on Google+
karya fm
Sunday, 18 March 2012 | 08:13 | 0 comments
Karyafm aku gembira mengenalimu,
Pabila kesepian melanda,
Kau lah yang menemaniku,
Alunan musik membuat aku bahagia,

Bermulanya aku disini,
Rakan-rakan baru dapat aku kenali,
Aku tidak lagi bersendiri,
Kerana mereka sentiasa menemani diriku ini,

Suara merdu penyampai radio membuat aku terpaku,
Kata orang suara romantis ala-ala macho gitu,
Ada juga suara semerdu bak buluh perindu,
Ada pula suara yang cool selalu,
Suara nakal juga sering jadi pengubat rindu,

Pabila aku disini,
Diriku terasa dihargai,
Karyaku sering diperhati,
Madah ku sentiasa diteliti,
Banyak yang ku belajar dari otai puisi,
Untuk memantapkan lagi karya ku ini,


Diriku rasa terhibur melihat gelagat rakan,
Bergurau senda menjadi santapan,
Ada juga status cinta menjadi pilihan,
Ketemu jodoh itulah janji tuhan,


Karyafm terima kasih aku ucapkan,
Kerana sentiasa menjadi peneman,
Buat diriku dan rakan-rakan,
Agar diri ini tidak bosan,

Sepuluh jari aku susunkan,
Mohon maaf jika terguris perasaan,
Buat para DJ dan rakan-rakan,
Kerana ku insan biasa yang banyak kesalahan.

Nukilan : syud syuhada

Older Post | Newer Post