welcome to madah puisiku...enjoy...syukran +Follow | Dashboard
Madah Puisiku






Find us on Google+
genap jua usiaku
Sunday, 18 March 2012 | 08:34 | 0 comments
Kini genap lah usia ku,
17 tahun aku hidup dengan penuh liku,
Aku hadapi tanpa jemu,
Ada kenangan manis buatku,
Ada jua kenangan pahit buatku,
Aku syukur pada Allah yang satu,
Kerana lahirkan aku oleh seorang ibu,
Untuk aku nikmati dunia ini,
Untuk aku tempuhi onak duri kehidupan ini,

Terima kasih Ya Allah,
Lahirkan aku sebagai insan yang tabah,
Yang tidak pernah kenal erti lelah,
Terima kasih Ya Allah,
Kerana rezeki mu yang melimpah,
Terima kasih Ya Allah,
Atas kurniaan fizikan tanpa cacat cela,
Terima kasih Ya Allah,
Atas segala nikmat yang kau pinjamkan untuk ku,

Terima kasih kepada yang mengingati diriku ini,
Terasa haru ucapan ikhlas yang diberi,
Kini baru ku tahu diri ku jua diingati,
Syukur ku kepada illahi,
Genap nya usia ku 17 tahun ini,
Ku harapkan anjakan paradigma yang lebih baik menanti,
Ku harap azam 2012 bakal tercapai kelak nanti,
Syukran atas doa-doa yang diberi,
Semoga Allah yang membalas di akhirat nanti,
Dan akhir kata buat diri ku sendiri,
~~ SELAMAT HARI LAHIR~

Nukilan : syud syuhada

Older Post | Newer Post