azamku
Sunday, 18 March 2012 | 08:22 | 0 comments
2011 bakal melabuhkan tirainya,Kenangan 2011 hanya tersemai di dalam jiwa,
2012 bakal menjelma,
Pelbagai azam yang berlegar dalam jiwa,
Aku ,
Ingin menjadi lebih baik pada setiap masa,
Menjadi wanita solehah itulah pilihannya,
Niat di hati ikhlas bukanlah dusta,
Harap tercapai segalanya,
Aku,
Impian di hati ingin menjadi maha siswa,
Tapi keputusan SPM penentu segalanya,
Ubah nasib keluarga itulah tujuan utama,
Jika izin Allah, jadilah nyata,
Aku,
Ingin mencari kawan di seluruh pelusuk dunia,
Tidak kiralah realiti ataupun di alam maya,
Kawan-kawan membuat aku tertawa,
Melihat gelagat dan celoteh mereka,
Aku,
Inginkan ibadatku semakin bertambah,
Tanda cintaku kepada Allah,
Semoga aku menjadi lebih tabah,
Pabila berhadapan dengan masalah.
Harapanku,
Agar 2012 adalah kenangan manisku,
Mendapat berkat dari Allah yang satu,
Untuk membawa diriku ,
Agar lebih maju.
Nukilan : syud syuhada