welcome to madah puisiku...enjoy...syukran +Follow | Dashboard
Madah Puisiku






Find us on Google+
puisiku
Monday 8 April 2013 | 13:20 | 0 comments
dingin malam terasa sepi,
alunan zikir penenang hati,
aku kesunyian pabila bersendiri,
ku rajinkan jari jemari menulis puisi,

hidup kini penuh pancaroba,
ku tabah lalui laluan yang berduka,
ku lebarkan senyuman semoga kelihatan ceria,
agar aku tetap kuat dengan ujian -Nya

tiada ada apa2 diantara kau dan aku kini,
hanya mampu menjadi sahabt hingga mati,
aku rendahkan amarah dalam diri,
menerima kau menjadi sahabat sejati.

kadang-kadang aku cemburu,
kadang-kadang aku rindu,
kadang-kadang aku ragu dengan hatiku,
adakah aku ikhlas menerimamu?

melihat potretmu,
menjadi runting harianku,
aku sedikit pun tidak pernah rasa jemu,
sekurang-kurangnya pudarlah rasa rindu.

kini aku terus berjuang,
berjuang untuk menggampai bintang,
berharap cita-cita ku tidak melayang,
dan tidak hanya bermain dengan bayang-bayang.

semoga doaku menjadi kenyataan,
semoga doaku dimakbulkan,
aku menanti dengan penuh keredhaan,
berharap sesuatu menjadi kepastian.

9/4/2013
4.29 am


~Merdeka ! merdeka ! merdeka !~
Tuesday 31 July 2012 | 09:17 | 0 comments

~Merdeka ! merdeka ! merdeka !~

Tanggal 31 ogos 1957,
Terdetiknya satu kegemilangan,
Pejuang Negara perjuangkan kemerdekaan.
Memberi sepenuh kebebasan,
Tanah air tiada lagi jajahan,
Detiknya suatu perasaan,
Bangga ! gembira ! dan terharu !
Atas segala pergorbanan,
Yang telah pejuang2 buktikan.

merdeka ! merdeka ! merdeka !
satu laungan yang amat bermakna,
satu laungan yang memberi semangat ke dalam jiwa,
satu laungan yang tiada bandingnya,
tanpa laungan itu Negara kita tidak akan aman sejahtera,

ayuh generasi muda,
marilah hargai pengorbanan orang dahulu kala,
usah biar Negara kita dijajah semula,
sediakan benteng pertahanan Negara,
dengan penuhkan ilmu didada,
sediakan strategi di minda,
untuk membentuk satu pasukan yang mempunyai kuasa,
iaitu Malaysia !!!
mari sama2 laungkan..
merdeka ! merdeka ! merdeka.

Nukilan : syud syuhada




~kecewa~
| 09:16 | 0 comments

~kecewa~

Malam ini kesunyian melanda,
Menemani jiwa yang lara,
Yang dikecewakan oleh seorang jejaka,
Janji di bibir hanyalah kata-kata,

Kau guris jiwaku,
Kau kecewakan hatiku,
Kau permainkan kesetiaan ku,
Kau mengguris kepercayaanku,

Tangisan ku tiada guna,
Yang mengharap kau sentiasa,
Diriku tersentap dan terkesima,
Akan kata-kata yang mengguris jiwa,

Pergilah kau dari hidup ini,
Usah lah kau kembali,
Kembali membawa kedukaan dalam hati,
Terdetik benci di hati ini,
Akan kata-kata yang pernah kau berjanji,

Dulu diriku bahagia,
Kini ku sengsara,
Bahagia kerna sebuah tawa,
Sengsara akan hati yang berduka.

Mana janji mu dulu,
Janji yang ingin bahagiakan ku,
Janji yang ingin hidup denganku,
Janji yang ingin ku jadi permaisuri dalam hidupmu,
Kini semua itu auta semata,
Kerna Janji lelaki yang tak guna.

Nukilan : syud syuhada

Kesetiaan kasih
| 09:15 | 0 comments

Kesetiaan kasih

Cahaya lampu yang menerangi malamku,
Angin mendayu menusuk kalbu,
Hati bertahta kini menjadi layu,
Tanpa makna yang erti beribu,

Dirimu menghilang sekelip mata,
Dari pandangan yang nyata,
Diriku tidak merasa bahagia,
Semenjak dirimu tiada,

Aku mengaku aku rindu,
Aku mengaku diriku sedih selalu,
Aku mengaku, aku perlukan mu,
Untuk menjadi perisai dalam hidupku.

Kembalilah padaku,
Aku terasa kesepian tanpamu,
Akan ku setia menunggu,
Biar lah sakit mengguris hatiku,
Kerna ku hanya ingin kamu.

Nukilan : syud syuhada
apa salah ku sahabat
Sunday 20 May 2012 | 11:09 | 0 comments

~apa salah ku sahabat~

Apa salah ku sahabat,
Hingga kau berkata kesat,
Kata-katamu itu telah terpahat,
Di sudut hati dengan tepat,

Kau lontar kata benci,
Ku terima dengan rela hati,
Kau lihat ku dengan keji,
Hina sangat kah akan diri ini,

Hati ku telah tertutup buat dirimu,
Susah ku memaafkan mu,
hingga kau melutut dihadapanku,
Kau belum mengenali diriku,
Usah nilai hanya dengan pandangan mu,

Buruk ku kau cari,
Kenapa baikku tidak kau hargai?
Kau memang lupa diri !
Bila susah diriku di cari,
Bila senang pernah kau ingati ?

Aku hanya mampu ketawa
Dengan permainan lincah dunia,
Kerna mulut badan binasa,
Kerna mulut jiwa merana,

Aku muak akan sikap mu,
Aku benci akan sikap mu,

Nukilan : syud syuhada


Older Post